Perubahan peraturan Formula_Satu_musim_2011

  • Musim ini menyaksikan kembalinya peraturan 107% dalam pusingan kelayakan[3][86], Mana mana pemandu yang gagal mencatat masa di bawah 107% pusingan terpantas dalam Q1 tidak dibenarkan menyertai perlumbaan; contoh: jika pusingan terpantas ialah 1 minit 40 saat, pemandu mesti mencatat masa yang lebih pantas daripada 1 minit 47 saat untuk menyertai perlumbaan.
  • FIA menaikkan had denda maksimum yang boleh dikenakan oleh pengadil perlumbaan terhadap pasukan, dari $100,000 kepada $250,000, setelah kejadian Grand Prix Jerman 2010 apabila pasukan Ferrari didenda $100,000 atas penyalahgunaan arahan pasukan.[87] Selepas perlumbaan terakhir 2010, Presiden FIA, Jean Todt menegaskan pendiriannya terhadap penggunaan arahan pasukan, dengan menjanjikan agar amalan itu dipantau daripada dibenarkan sepenuhnya.[88] Jelas Todt, walaupun arahan pasukan tidak dilarang sama sekali, mana-mana pasukan yang menggunakan arahan berkod akan didakwa kerana arahan sebegini boleh digunakan untuk menipu penonton serta memerlukan pihak pasukan dan pemandu berbohong kepada pengadil untuk mengesahkan tuntutan yang dibuat dalam arahan.
  • Pembekal tayar tunggal Bridgestone mengumumkan bahawa ia tidak akan memperbaharui kontraknya dengan Formula Satu pada akhir musim 2010.[89] Selepas beberapa bulan perbincangan, Pirelli telah dipilih sebagai pembekal tayar untuk 2011 pada mesyuarat Majlis Sukan Permotoran Dunia FIA di Geneva, pada Jun 2010.[3][90]
  • Unit KERS dijadikan pilihan untuk semua pasukan, setelah tidak digunakan pada musim 2010 ekoran persetujuan sesama pasukan untuk mengharamkan peranti tersebut, sementara berat kereta minimum meningkat dari 620 kilogram (1,367 lb) ke 640 kilogram (1,411 lb) untuk menampung lebihan berat yang diperlukan.[91] Kotak gear kini mesti digunakan untuk lima perlumbaan berbanding empat.[92] Pemandu akan mempunyai satu kotak gear tambahan yang boleh ditukar tanpa denda untuk tujuan dalam menyiapkan acara.[93]
  • FIA telah memperketatkan peraturan memandu sebagai langkah mencegah pemanduan yang terlalu langsang dan pemanduan yang melampaui batas litar untuk mendapat kelebihan, dengan mengenakan penalti yang lebih berat untuk pemandu yang didapati berbuat demikian. Para pemandu dihadkan bilangan gerakan penghalang yang boleh dibuat di atas balapan, demi memudahkan pemotongan.[94][95]
  • Perintah berkurung dilaksanakan untuk kakitangan pasukan supaya mereka dilarang daripada menilai litar pada tengah malam hingga jam 6 pagi, ekoran kebimbangan terhadap mekanik yang bermalam di garaj pit sebelum kesibukan di lorong pit pada hari keesokannya,[93] dengan empat pengecualian untuk musim itu.[96] Sekiranya perintah ini dilanggar, kedua-dua kereta dari pasukan pesalah mesti memulakan perlumbaan dari lorong pit.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Formula_Satu_musim_2011 http://www.autosport.com/news/report.php/id/84244 http://www.autosport.com/news/report.php/id/84697 http://www.autosport.com/news/report.php/id/86444 http://www.autosport.com/news/report.php/id/86894 http://www.autosport.com/news/report.php/id/87742 http://www.autosport.com/news/report.php/id/88128 http://www.autosport.com/news/report.php/id/88303 http://www.autosport.com/news/report.php/id/88501 http://www.autosport.com/news/report.php/id/88547 http://www.autosport.com/news/report.php/id/88557